Monday, July 5, 2010

Kata-kata aluan !

Hello dan selamat sejahtera, kami ucapkan kepada para pembaca yang dicintai sekalian !


Seperti yang anda semua sedia maklum, blog ini direka khas untuk Pertandingan Membina Blog Kelas SMK Ayer Keroh. Blog ini telah mula dibina pada 1 Julai 2010 oleh Kristy Anne Nunis untuk kelas kami iaitu 4 Alpha. Mula-mulanya, blog ini dibiarkan kosong saja dengan template yang basic. Pada 2 Julai, kami telah upload template yang baharu dan cantik ini. Kami pun bergegas untuk menulis blog post.

(Cikgu Fakhri)

[Lihat bawah jika sudah klik Continue Reading]

Sebanyak 4 lagi penulis blog (Blog Author) telah menyertai kami. Untuk pengetahuan anda, dalam Pertandingan Membina Blog ini, seramai 5 orang pelajar boleh menyertai satu kumpulan untuk kelasnya. Pemenang boleh dapat hadiah dan sijil. (Yang tak menang saya rasa pun dapat sijil penyertaan). Penilaian dibuat berdasarkan isinya (yang menekankan tentang kelas masing-masing). Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi En.Fakhri di Facebook kerana beliau yang mengendalikan pertandingan ini.

Sebenarnya kami hendak guru kelas kami, Pn.Sazliza untuk menulis kata-kata aluan ini, tetapi beliau baru sahaja melahirkan anak yang comel. Oleh itu, biar kami saja yang uruskannya.

(Pn.Sazliza, Guru Kelas kami)
Kelas kami terdiri daripada 41 orang dari pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, India dan Serani. Kelas kami ini didominasi oleh perempuan yang cute-cute dan cantik-cantik belaka ! Laki-laki pun handsome belaka ! (tak percaya!? lihat photo bawah)






Kami telah melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama sepanjang tahun. (klik sini untuk lihat Aktiviti-aktiviti kami dahulu). Kami turut menpunyai Pencapaian yang patut dibanggakan. (klik di sini untuk lihat pencapaian kami).


Sekian sahaja.


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila tanya di Chat box kami.
Jika anda ingin memberi komen, pandangan ataupun kritikan yang perlu kami ubahkan, tolong tuliskannya dalam bentuk emel dan hantar kepada nunis@writesoon.com.

Dengan itu, saya mengucapkan lagi ribuan terima kasih kerana melawati blog kami ini.

Yang benar,
Kristy Anne Nunis

Labels: