Sunday, July 4, 2010

Kuiz Matematik- Are you smarter than Form 1 ?

By : Kathy Anne Nunis

"Pelajar kelas kami, Kathy Anne Nunis menang RM 30 dalam Pertandingan Kuiz Matematik-  Are you smarter than Form 1 ? SMKAK !" Kristy Anne Nunis




[Lihat bawah jika sudah klik Continue Reading]


Anda pernah tonton rancangan terkenal "Are You Smarter Than A 5th Grader?" ? (tonton link di bawah)

1 JULY 2010-Baru-baru ini, sempena hari matematik, sains dan vokasional, sekolah kami telah menganjurkan pertandingan Kuiz Matematik, iaitu "Are You Smarter Than A Form 1 Student?" Peserta pertandingan ini merangkumi pelajar dari tingkatan 2 hingga 5 dan dipertandingkan di bilik tayang sekolah. Pertandingan ini bermula dengan pemilihan peserta secara rawak. Seterusnya peserta harus memilih seorang pembantu dari kalangan pelajar kelas 1 RK. Selepas itu, kuiz akan ditayang melalui power point. Peserta harus memilih satu topik daripada 8 topik matematik tingkatan 1 yang merangkumi whole numbers, number patterns and sequences, fractions, decimals, percentages, integers, algebraic expressions dan general knowledges.



Seterusnya peserta perlu memilih satu soalan daripada 10 soalan dalam satu topik. Peserta diberi 60 saat untuk menjawab soalan yang dipilih. Soalan ialah dalam bahasa inggeris. Jika peserta mempunyai masalah dengan soalan, peserta diberi tiga jenis bantuan daipada pembantunya iaitu dengan kaedah "peek", "copy", atau "save".


Jika pelajar berjaya jawab soalan pertama, peserta akan peroleh ganjaran pertama iaitu RM5. Peserta akan dapat RM5 untuk setiap soalan yang dijawab dengan betul. Wang maksima yang dapat diperolehi oleh setiap peserta ialah RM40 iaitu dengan menjawab 8 soalan dengan betul. Pada hari tersebut, ramai pelajar yang menyertai kuiz tersebut, tetapi bukan semua yang dapat bertanding kerana kekurangan masa. Daripada semua peserta, ramai yang mendapat wang, namun tiada pelajar yang berjaya sampai ke jumlah maksima. Wang ganjaran akan diberi pada perhimpunan yang akan datang. Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak berkuasa dan rakan-rakan yang turut menyertai.TERIMA KASIH.



Labels: , ,